Seminar Penyelidikan Zon Utara 2012 merupakan platform untuk membudayakan aktiviti penyelidikan dalam kalangan pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus dan memantapkan peranan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai ‘Learning Centered University’ dalam ‘New IPG’.

Dalam bidang pendidikan Sains dan Matematik, pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) merancang untuk mengadakan Seminar Penyelidikan Zon Utara bagi membolehkan semua pihak yang terlibat dalam kedua-dua bidang berkenaan dapat bersama-sama berkongsi idea dan dapatan kajian, dan seterusnya membantu melahirkan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas, berdaya tahan, menguasai ilmu, mempunyai pemikiran mantik, analitis, sistematik, kritis dan berketrampilan teknologi seperti yang dinyatakan dalam kurikulum kedua-dua bidang tersebut.

Melalui seminar, para peserta bukan sahaja berpeluang untuk berkongsi hasil dapatan kajian yang berkaitan dengan amalan pendidikan dalam kedua-dua bidang tersebut, malah penganjuran seminar ini dijangka dapat meningkatkan lagi kompetensi pendidik guru di Zon Utara selaras dengan visi, misi dan hala tuju Institut Pendidikan Guru Malaysia.

 

Objektif Seminar:

  • Memupuk sikap positif untuk menjalankan penyelidikan dalam kalangan pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Zon Utara.
  • Membudayakan aktiviti penyelidikan dalam kalangan pensyarah yang menjadi sebahagian daripada tugas utama.
  • Memberi peluang kepada peserta seminar untuk berbincang dan berkongsi maklumat mengenai dapatan kajian yang telah dijalankan.
  • Menghasilkan dapatan dan inovasi baru yang boleh membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
  • Menambah dan memperkukuhkan keprihatinan warga pendidik terhadap dapatan kajian untuk pembangunan modal insan.

Maklumat Lanjut:

Sila email urusetia Seminar Penyelidikan Zon Utara 2012 melalui:  urusetiaszu2012@yahoo.com     atau hubungi melalui telefon kepada : Dr. Azman bin Jusoh (019-4784505): Dr. Baharudin bin Yaacob (016-4222540): Dr. Lee Wai Heng (012-5602434) dan En. Ng. Tiak Sui (012-5835264)